Sandakan online shopping
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sandakan online shopping

Website ini khas buat warga Sandakan Sabah untuk membeli-belah secara online.
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Sistem Rawatan Air

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Female Number of posts : 29
Age : 50
Location : Batu Sapi Sandakan Sabah
Job/hobbies : Fulltime Housewife / DCL dealer (Sub Bisnes Centre)
Registration date : 2008-02-26

Sistem Rawatan Air Empty
PostSubject: Sistem Rawatan Air   Sistem Rawatan Air Icon_minitimeWed Jul 23, 2008 6:43 pm

Sistem Rawatan Air Watertreatment
Sistem rawatan air
DE Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL), syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera optimis produk terbarunya, Sistem Perawatan Air Ionik mampu mencapai sasaran jualan 100,000 unit tahun ini.

Pengerusi Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar, berkata pada mulanya, pihaknya meletakkan sasaran jualan sebanyak 7,000 unit ketika produk itu dikeluarkan tetapi terkejut apabila permintaannya begitu tinggi dan sehingga akhir Januari lalu saja, 15,000 unit sudah dijual.
Sistem Rawatan Air OxyPi

Kelebihan air ionik yang dihasilkan menerusi alat itu ialah ia kaya dengan oksigen, molekul lebih halus dan kandungan alkali lebih tinggi. Malah berdasarkan kajian pakar, air ionik kedua terbaik selepas air zam-zam dan harganya lebih rendah berbanding pesaing," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian penghargaan dan penyampaian watikah Anugerah Khas Setia Berjasa oleh Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, kelmarin.

Hadir sama Ketua Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia (PBPKNM) Bahagian Negeri Sembilan, Tunku Mohsinuddin Tunku Jamil dan Pengasas dan Pengarah Urusan DCL, Datuk Azlina Che Abdullah.

Stapa yang juga Ahli Kehormat VIP PBPKNM, berkata pihaknya juga akan memperluaskan penjualan penapis air itu ke Indonesia pertengahan tahun ini.

"Buat masa ini, kami akan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terlebih dulu, tetapi saya yakin potensi tinggi pasaran di Indonesia," katanya.

Beliau berkata, Sistem Perawatan Air Ionik dijual pada harga pengenalan sebanyak RM1,790 dan boleh didapati di mana-mana ejen DCL seluruh negara. "Harga asal produk itu adalah RM2,000 tetapi kita menjualnya lebih rendah sebagai pengenalan pada pasaran," katanya.

Selain itu, beliau berkata, DCL akan menambah lagi rangkaian produk jualan mereka termasuk produk tuala wanita pada awal Februari ini.

"Tuala wanita itu diimport khas dari Turki dan berbeza dengan produk yang sedia ada di pasaran malah ia dibawa masuk khusus untuk wanita Muslim," katanya.

Stapa berkata, pada tahun ini, DCL turut merancang mengembangkan perniagaan ke Bangladesh selepas beberapa negara lain tahun lalu.

Sumber Informasi:

Publication : Harian Metro
Date : 02/02/2008
Page Number : 29
Headline : Sistem Perawatan Air Ionik
Byline : Oleh Muhd Izawan Bahari
Back to top Go down
https://sandakan-dcl.board-directory.net
 
Sistem Rawatan Air
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Sandakan online shopping :: Komen & Pertanyaan :: Sudut Informasi :: Berita - berita tentang aktiviti DCL-
Jump to: