Sandakan online shopping
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sandakan online shopping

Website ini khas buat warga Sandakan Sabah untuk membeli-belah secara online.
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Anjakan paradigma cetus kejayaan Yaakob

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Female Number of posts : 29
Age : 50
Location : Batu Sapi Sandakan Sabah
Job/hobbies : Fulltime Housewife / DCL dealer (Sub Bisnes Centre)
Registration date : 2008-02-26

Anjakan paradigma cetus kejayaan Yaakob Empty
PostSubject: Anjakan paradigma cetus kejayaan Yaakob   Anjakan paradigma cetus kejayaan Yaakob Icon_minitimeFri Oct 17, 2008 7:23 pm

Anjakan paradigma cetus kejayaan Yaakob

Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA


Anjakan paradigma cetus kejayaan Yaakob Ke_02_10
MOHD. Yaakob Sidi sanggup berhenti kerja sebagai pegawai kerajaan untuk menceburi bidang MLM sepenuh masa dan kini kejayaan mendampinginya.

--------------------------------------------------------------------------------






Prinsipnya mudah iaitu apabila melakukan sesuatu, mestilah sepenuh hati, tidak ada rasa putus asa, mesti meneruskan usaha itu dengan penuh komitmen dan bertenaga. Prinsip itu berjaya membawanya ke tahap yang membanggakan walaupun tanpa sebarang pinjaman daripada mana-mana agensi. Padanya sesuatu perniagaan bukan terletak pada modal yang besar tetapi yang penting ialah usaha gigih dan bijak merancang serta mengambil peluang.

Faktor inilah yang mendorong Mohd. Yaakob Sidi, 44, dari Putatan, Sabah yang telah berkhidmat dengan kerajaan selama 18 tahun mengambil keputusan berhenti dan mengejar impiannya menerusi syarikat pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) milik bumiputera De Classic Life (M) Sdn. Bhd. (DCL).

Siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, walaupun pernah berjawatan selesa dalam kerajaan, namun impiannya untuk merubah kehidupannya begitu kuat meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

“Saya mahukan anjakan dalam kehidupan dan terbukti keputusan nekad saya memilih DCL telah memberi pulangan yang luar biasa, di samping berpeluang bersama DCL melakukan kerja-kerja amal,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

SIGAP: Bagaimana anda mula melibatkan diri dalam DCL?
MOHD. YAAKOB: Saya mula berjinak-jinak dalam DCL pada Mei 2003. Saya diajak oleh seorang rakan yang memperkenalkan kepada orang yang bertanggungjawab membawa DCL ke Sabah iaitu Kamarulzaman Jailan. Saya sebenarnya sudah mengenali beliau sejak 10 tahun lalu.

Pada peringkat awal kita memulakan perniagaan DCL memang orang tidak nampak dan percaya kerana sering menghadapi masalah stok kerana tiada stokis, tiada pejabat dan tiada usahawan DCL di sini yang telah mencapai kejayaan besar.

Bagaimanapun dengan bantuan Kamarulzaman dan komitmen total pihak syarikat, alhamdulillah saya jalankan perniagaan ini langkah demi langkah sehingga mencapai tahap seperti hari ini, meskipun tidak secepat orang lain.

Apa pekerjaan anda sebelum bergiat sepenuh masa dengan perniagaan syarikat MLM ini?
MOHD. YAAKOB: Sebelum menjalankan perniagaan DCL secara sepenuh masa, saya bekerja selama 18 tahun, di beberapa jabatan kerajaan, termasuk yang terakhir sebagai pegawai audit di Jabatan Penjara.

Apa yang anda lakukan selepas itu, maksudnya untuk mengembangkan perniagaan DCL di Sabah?
MOHD. YAAKOB: Ketika mula-mula menjalankan perniagaan ini, saya mencari kawan-kawan yang pernah bersama saya membina rangkaian MLM dan cuba yakinkan mereka. Mereka ini saya memang kenali, justeru itu ia memudahkan saya.

Saya juga tidak terkecuali daripada menerima macam-macam rintangan dan cabaran, tetapi saya membina kerja mulia ini sepenuh hati. Di awal DCL di Sabah, selain kawan-kawan saya dan usahawan MLM yang berpengalaman, 70 peratus adalah orang baru dan tak pernah berniaga MLM. Alhamdulillah, kerja keras kami secara berkumpulan dan komitmen pihak syarikat terutama oleh bahagian pemasaran dan latihan, kejayaan demi kejayaan kami perolehi - menjadikan Sabah antara negeri yang paling berkembang.

Saya langsung tidak membuat sebarang pinjaman, kecuali dengan keluarga. Kalau kita lihat perniagaan ini, bukan terletak pada modal yang besar. Modal kecil pun kita boleh bina kejayaan ini, yang penting kesungguhan dan kepercayaan diri serta bersedia untuk belajar - inilah sebenar modal penting.

DCL semakin mendapat sambutan di negeri ini, tapi bagaimana pula dengan jumlah ahli DCL?
MOHD. YAAKOB: DCL adalah syarikat MLM bumiputera yang besar dan syarikat bukan bumiputera juga semakin menyedari kehadiran dan kejayaan DCL. Lebih 10 peratus daripada jumlah 800,000 pengedar adalah dari Sabah. Terima kasih kepada pengasas DCL, Datuk Stapa Omar kerana memberikan peluang perniagaan kepada bumiputera dan ikhlas berjuang untuk menjayakan kami semua.

Ketika mula-mula terlibat dalam perniagaan ini, apakah pandangan keluarga anda?
MOHD. YAAKOB: Memang mula-mula ada bahasa yang tidak seronok daripada keluarga tapi bagi saya itu semua adalah cabaran yang menyemarakkan lagi motivasi saya. Alhamdulillah, isteri saya menyokong dan ibu mendoakan saya. Ibu saya seorang peniaga dan beliau menjual kuih. Saya pinjam wang ibu peringkat permulaan untuk melabur dalam DCL dan alhamdulillah saya dah bayar balik selepas itu; dan akan pastikan ibu saya mendapat kebahagiaan dan kegembiraan dengan berkongsi kemewahan yang saya miliki kini dengannya.

Adakah terdapat rungutan pengguna DCL dan bagaimana anda mengatasinya?
MOHD. YAAKOB: Setakat ini, alhamdulillah hampir tidak ada rungutan, malah permintaan begitu menggalakkan. Kelebihan DCL ialah pengguna terutama bumiputera mampu membeli dengan harga berpatutan dan pada masa sama, produk yang ditawarkan memang berkualiti tanpa kesan sampingan dan halal. Inilah kelebihan DCL.

Saranan kepada mereka yang berminat tetapi belum menceburi DCL.
MOHD. YAAKOB: DCL adalah MLM kukuh dan banyak keistimewaannya. Selain daripada produk bertaraf dunia dan pelan pemasaran global yang menguntungkan - satu pelan untuk seluruh pasaran global. Kami di DCL bukan sekadar berniaga, tetapi kerja-kerja amal adalah antara agenda utama. Marilah memulakan langkah dengan melahirkan satu anjakan paradigma untuk sebuah kejayaan yang hakiki. Kita bukan hanya sekadar menang dunia - bahkan menang akhirat. Jangan mudah percaya dengan info-info salah tentang DCL. Dekati dan sertai kami, keindahan akan diperoleh.
Back to top Go down
https://sandakan-dcl.board-directory.net
 
Anjakan paradigma cetus kejayaan Yaakob
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Sandakan online shopping :: Komen & Pertanyaan :: Sudut Informasi :: Berita - berita tentang aktiviti DCL-
Jump to: